Bismillah.........
pejam celik pejam celik kita dah sampai ke penghujung bulan ramadhan..... alhamdulillah allah temukan kita sekali lagi dibulan mulia ini. semoga bulan ramadhan tahun depan juga kita dipertemukan.. Amin
semalam family aku bersahur di kfc bukit dahlia, pasir gudang. ketika itu jam menunjukkan tepat pukul 11.++pm... semalam memang saja sahur awal, kononnya takpayah laa bersahur pukul 4pagi nanti.......... ketika baba sedang beratur utk membeli makanan, aku duduk sambil memerhatikan org sekeliling aku... sedang asyik aku memerhatikan ragam manusia, mata ku tertumpu pada seorg gadis seusia ku, berbaju kurung, sambil berjalan dari meja ke meja yg diduduki pelanggan restoran segera itu. ohh ye gadis tu sedang menjual minyak angin serta madu, seperti penjual amal, agaknyalaa.
mama pun sebok juga memerhatikan gadis itu sambil berkata "dah malam, tak elok dia jual mcm ni, diakan perempuan, bahaya" aku hanya diam tanpa berkata apa-apa..... tiba pulak giliran meja aku yang dia pergi, dia hulurkan kepada mama minyak angin serta madu itu, supaya mama membelinya......
setelah dipromosikan barang yg dia jual tu, lalu mama bersuara kepada dia......
"Dik, balik laa, tak elok awk jual malam-2 mcm ni, bahaya utk diri awk, awk tu perempuan, kalau nak jual, jual la esk pagi ye, skrg dah pukul 12 dik" -Mama
"takpe cik Allah pelihara saya, lagi-2 ni kan bulan mulia" -Gadis penjual
"yee makcik tahu ni bulan mulia, tapi tetap tak manis bila awk seorg gadis berjalan kehulur hilir tanpa ada teman, bahaya, awk balik laa ye dah mlm sangat dah ni" -Mama
lepas mama berkata macam tu, gadis itu hanya mampu angguk dan senyumm..... mama yang hanya risaukan keselamatan gadis itu hanya mampu memberi nasihat, sungguh hati aku tersentuh melihat gadis itu. terdetik dihati "kesiannya nasib dia"
aku pernah membaca satu cerita tentang orang-orang seperti penjual amal, minta sedekah sambil menjual barang, dalam cerita tu, ada seorg hamba allah ni nasib dia sama seperti gadis tadi, kata hamba Allah ni, selagi mereka takdapat jual barang yg mereka bawak tu, selagi itu mereka tak boleh balik, katanya mereka dihantar oleh orang, macam sindekit laa gamaknya. nanti bila tepat pukul berapa yg di janjikan mereka akan dijemput menaiki van, selalunya yang terkena nasib mcm tu adalah anak-2 yatim... Allahu Rabbi kesian kan? kadang-kadang mereka ni dipakse.......
hati aku tersentuhh melihat orang-2 yang nasibnya tidak baik, melihat gadis itu menebalkan muka pergi meminta kepada orang yg mereka tidak kenali, kadang-2 ada yang kena marah, kena maki, tapi tetap mereka teruskan juga menjual, meminta sedekah seperti itu. itu laa nasib merekaa.
pekara-pekara macam tula, membuatkan aku terfikir sejenak, Allahu betapa bertuahnya hidup aku mempunyai keluarga, ada mama, ada baba, ada adik beradik, bukan seperti mereka tidak mempunyai sesiapa, nasib mereka ditangan org lain. itu pun tak mampu lagi ke aku mengucapkan kata syukur? Alhamdulillah aku sangat-sangat bersyukur pada mu YaAllah, kehidupan aku sederhana saja, tidak terlalu miskin sampai meminta-minta kpd org lain, tidak juga begitu kaya, sampaikan aku mendabit dada kebangaan.
ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin org yang nasibnya tidak baik, akan ada sesuatu yang allah mahu tunjukkan kpd mereka. kadang-2 allah mahu menguji hamba-2nya, semoga kehidupan org-2 yg nasib seperti itu akan hidup bahagia diakhirat nanti... Amin :')
Terima Kasih YaAllah kerana berikan aku kehidupan sesempurna ini :') semoga aku tidak lupa diri.:")
No comments:
Post a Comment